Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Home

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

WAKAF TUNAI AM MAIPs

WAKAF TUNAI

WAKAF TUNAI MANFAAT AM

Wakaf Tunai Manfaat Am ini akan ditadbir oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang projek wakaf yang akan disuai manfaat seperti segmen kesihatan, ilmu, sosial dan sebagainya. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

AL-QURAN / KITAB

Wakaf Tunai Khas ini akan ditadbir oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan wakaf al-Quran dan Kitab bagi agihan kepada masyarakat dan mereka yang berkeperluan.

PEMBINAAN / PENYELENGGARAAN MASJID / SURAU

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan sebarang pembinaan dan penyelenggaran masjid. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah. Perkara ini adalah selari dengan Keputusan Jawatankuasa fatwa Negeri Perlis:

 

MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

TARIKH: 5 Jun 2017 / 10 Ramadan 1438H

HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK

PEMBINAAN MASJID

 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markaz dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.

PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan penyelenggaran tanah perkuburan Islam. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

PUSAT AUTISME

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan pembinaan dan penyelenggaran Pusat Autisme Negeri Perlis di Tanah Wakaf MAIPs di Behor Lalang, Simpang Empat.

PUSAT KOMUNITI

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pembinaan dan penyelenggaraan sebarang Pusat Komuniti yang memberikan manfaat kepada umat. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

WAKAF ILMU UniMAP

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Perlis.

WAKAF ILMU UiTM

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi MARA Perlis.

WAKAF ILMU KUIPs

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Kolej Universiti Islam Perlis.

SUMBANGKAN WAKAF TUNAI ANDA DI AKAUN INI.

 

No.Akaun : 090 100 100 639 83

Image

SILA EMAILKAN MAKLUMAT DIRI PEMBAYAR WAKAF ; BERSERTA ALAMAT DAN JENIS WAKAF YANG TELAH DIBAYAR ke alamat Email : wakaf@maips.gov.my 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE