MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Pusat Pengurusan Jenazah 'Darul Abrar' Wakaf MAIPs adalah salah satu projek mercu tanda wakaf di Negeri Perlis. Pusat ini merupakan bekas masjid lama Al-Abrar Kubang Gajah ditubuhkan bertujuan menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di Negeri Perlis.

Darul Abrar telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Jumaat, 19 Mei 2017.
Selain menyediakan perkhidmatan Pengurusan Jenazah, pusat ini turut menjadi lokasi pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah menurut Sunnah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan pengurusan jenazah boleh menghubungi pihak Jawatankuasa Masjid Al-Abrar Kubang Gajah di talian : +60124106707