MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
Skop agihan zakat Baitulmal MAIPs adalah berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Ia mempunyai 8 asnaf zakat iaitu:
|
||||
ASNAF FAKIR |
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya. |
|||
|
||||
ASNAF MISKIN |
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya. |
|||
|
||||
ASNAF AMIL |
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. |
|||
|
||||
ASNAF MUALLAF |
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Beragama Islam 2. Baru memeluk Agama Islam (Saudara Baru) 3. Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. 4. Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya 5. Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam. 6. Bukan Beragama Islam 7. Boleh dipujuk supaya masuk Islam 8. Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam |
|||
|
||||
ASNAF AR-RIQAB |
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan. |
|||
|
||||
ASNAF AL-GHARIMIN |
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak. |
|||
|
||||
ASNAF FISABILILLAH |
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. |
|||
|
||||
ASNAF IBNUSSABIL |
Mereka yang terputus bekalan (perbelanjaan) semasa dalam perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan oleh syarak. |