Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Miliki Khazanah Pemandangan Indah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Miliki Khazanah Pemandangan Indah

Perlis Miliki Khazanah Pemandangan Indah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Februari 2020 08:41

Kangar, 4 Feb. 2020 -  Perlis memiliki begitu banyak khazanah termasuklah pemandangan yang sungguh indah dan juga rumah-rumah tradisional yang perlu dipelihara dengan baik serta dapat diwariskan untuk generasi yang akan datang.

Demikian menurut Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli Malaysia, YB Datuk Dr. Xavier Jayakumar selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dalam program berbasikal ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 8 bagi tahun 2020’ sejauh 14km yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al-Ghufran, Batu 2 Jalan Kaki Bukit, Kangar pada petang semalam.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

YB Datuk Xavier menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Muda Perlis di atas peluang tersebut. Beliau berkata aktiviti ‘turun padang’ sebegini membolehkan kita melihat secara terus dan ‘realiti’ apa yang berlaku dan mampu menghayatinya. Tambah beliau lagi, musim kemarau telahpun bermula lebih awal pada kali ini di utara negara berbanding sebelum ini dan langkah berjaga-jaga harus ada terutama dalam aspek bekalan air.

Pada kesempatan yang sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Datuk Ir. Haji Nor Hisham Mohd Ghazali yang menyertai kayuhan tersebut, melahirkan pengalaman manisnya berkayuh dan berkata laluan yang dilalui di bawah JPS dan kawasan sawah di negeri ini sangat subur. JPS akan terus memantau dan membantu pembinaan bagi melancarkan lagi proses laluan air ke sawah-sawah di negeri ini. JPS juga akan sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam segala aktiviti bermanfaat sepertimana kayuhan ‘MAIPs Peduli’ yang dilaksanakan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral, Geosains Malaysia, Datuk Haji Shahar Effendi Abdullah Azizi pula menyifatkan program kayuhan sebegini merupakan peluang yang sangat baik untuk melakukan senaman, riadah dan mencergaskan minda untuk bekerja dan pada masa yang sama kagum dengan sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Baginda.

Bersempena aktiviti tersebut, selain menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih di kalangan anak kariah masjid berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan ‘Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs’ oleh Muhammad Husin Abdullah, 44 yang juga merupakan seorang ‘Muallaf’ di Kampung Padang Pauh yang mengusahakan ‘Projek Fertigasi Tanaman Cili’ selama 2 tahun yang mana pihak MAIPs telah menyalurkan ‘Bantuan Kelengkapan Permulaan Tanaman Cili’ berjumlah RM2,450 pada Mac 2019 serta 2019 ‘Bantuan Belian Benih Cili’ berjumlah RM2,979 pada Julai 2019 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM5,429. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE