Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Tawar 10 Biasiswa Pelajar Uyghur ke KUIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Tawar 10 Biasiswa Pelajar Uyghur ke KUIPs

MAIPs Tawar 10 Biasiswa Pelajar Uyghur ke KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 31 Januari 2020 08:02

Kangar, 31 Januari 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan biasiswa kepada 10 pelajar Uyghur untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Penawaran tersebut diserahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menghadiri majlis ceramah khas berjudul "Airmata Uyghur" yang diadakan di Masjid Alwi Kangar pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Ceramah disampaikan oleh Ketua Komuniti Ughyur Australia yang kini bermastautin sejak 15 tahun yang lalu di Adelaide, Nurmuhammad AbdulMajid dan Ketua Jam'iyyat Islam Turkistan (Multimedia) yang menetap di Turki, Sheikh Abdul Waris.

Antara mesej yang dikongsikan mereka adalah pihak NGO boleh melaksanakan program dan aktiviti bagi membantu masyarakat Uyghur, pihak media dipohon mendedahkan maklumat yang tepat mengenai isu Uyghur ini, masjid-masjid dipohon menyampaikan kutbah mengenai isu Uyghur dan yang paling dipohon ialah agar semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat Uyghur secara amnya.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE