Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Alukan Sumbang Saran Untuk Transformasi Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Alukan Sumbang Saran Untuk Transformasi Asnaf

MAIPs Alukan Sumbang Saran Untuk Transformasi Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Januari 2020 10:35

Sanglang, Perlis. 24 Januari 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) amat mengalu-alukan sumbang saran daripada para penyumbang zakat kepadanya bagi menghasilkan inisiatif-inisiatif transformasi asnaf yang baharu ke arah mengeluarkan golongan asnaf di negeri ini dari belenggu kemiskinan.

Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) diwujudkan oleh MAIPs untuk menjadi pelaksana kolaborasi bagi menawarkan dan merancakkan lagi peluang-peluang latihan dan penempatan pekerjaan selain melaksanakan ‘Program-Program Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf’ bagi pihak MAIPs.

Demikian titah ucapan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullalil bersempena program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 6 bagi tahun ini dianjurkan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang diadakan di Masjid Al Maghfirah, Pauh Sanglang, Sanglang, Perlis pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Seramai 300 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Simpang Sanglang, Sungai Padang, Kampung Padang Keria, Kampung Bunga Emas, Pauh Sanglang dan Permatang Bongor hadir bagi menerima agihan zakat masing-masing daripada MAIPs yang dikurniakan oleh baginda.

Turut diadakan ialah perasmian projek pembangunan sosio-ekonomi asnaf MAIPs yang melibatkan perniagaan kedai makanan dan masakan panas yang diusahakan oleh Yazi Akob, 49 tahun (No Tel : 0169815085) dan isteri beliau Sukanya Kepan berasal dari Satun, Thailand di Kampung Titi Tok Pulau, Simpang Empat yang telah beroperasi sejak lima tahun yang lalu dan telah pernah mendapat sumbangan MAIPs berupa bantuan modal untuk mendirikan kedai makan bernilai RM3,000 pada bulan Mei 2019 yang lalu.

Terdahulu, turut diadakan ialah ‘Tayangan Video Kesihatan’ dan juga Pemeriksaan Kesihatan yang dilaksanakan oleh para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ke atas kesemua asnaf terpilih yang diundang hadir.

Turut disinggahi bagi mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ialah kediaman Lim Nee Soong (Ulikar Enterprise Sdn Bhd) dan Goh Chai Ng Kah bagi menyerahkan hamper sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE