Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs perkenal inisiatif baharu baikpulih mikro kediaman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs perkenal inisiatif baharu baikpulih mikro kediaman

MAIPs perkenal inisiatif baharu baikpulih mikro kediaman

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 28 Januari 2020 07:46

24 Januari 2020. Kuala Perlis -- Dalam aspek perumahan dan penempatan asnaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperkenalkan inisiatif ‘Bantuan Mikro Baikpulih Rumah’ di samping ‘Bantuan Sebuah Kediaman dan Baikpulih Penuh Kediaman’ di bawah ‘Program Kediaman MAIPs Peduli’.

Penambahbaikan pada pelan ‘Bantuan Sebuah Kediaman MAIPs Peduli’ turut dilaksanakan sepanjang tahun 2019 yang lalu dan akan diteruskan lagi pada tahun 2020 ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan 3 bagi tahun 2020’ yang diadakan di Masjid Al Firdaus, Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis petang tadi.

Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut diadakan di program tersebut ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ yang disampaikan oleh para pegawai daripada pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.

Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah berkenaan.

Dalam sudut pendidikan tinggi pula, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa MAIPs turut menyempurnakan penawaran ‘Biasiswa Kursi Jamalullail’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pelbagai bidang Pendidikan dan Penyelidikan serta turut melestarikan penawaran biasiswa MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). - Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE