Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 130 Jabatan Di Perlis Ikrar Bebas Rasuah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
130 Jabatan Di Perlis Ikrar Bebas Rasuah

130 Jabatan Di Perlis Ikrar Bebas Rasuah

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Januari 2020 08:05

ARAU, 16 Januari 2020 - Sehingga hari ini, 130 Jabatan Negeri, Persekutuan dan Lain-lain Agensi di negeri Perlis telahpun melaksanakan ‘Ikrar Bebas Rasuah’.

Selain daripada itu, Pejabat SPRM Negeri Perlis telah menyampaikan ‘Taklimat Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP)’, menganjurkan ‘Program Merakyatkan SPRM – Sinari Hati Seputih Awan, Integriti Tidak Menjadi Pertaruhan Bersama Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta Negeri Perlis’, melaksanakan program “Yakin Dan ‘Say No To Rasuah”, serta menjayakan ‘Fun Learning : Mencari Wira Anti Rasuah Bersama SPRM Negeri Perlis’.

Turut diadakan ialah program-program seperti ‘Jalinan Mesra Gotong Royong Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan BPR/SPRM ke-52’, ‘Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Siam Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan BPR/SPRM ke-52’, ‘Jalinan Mesra Bersama Pelanggan Dan Pembudayaan Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis’,
‘Bangun Jiwa PT3 bersama MAIPs dan YTSP Perlis’ dan ‘Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia’ serta pelbagai lagi.

Demikian dipersembahmaklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam majlis sembah mengadap perpisahan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis Mohd Shukor Mahmud yang diadakan di Galeri DiRaja Arau.

Mohd Shukor bertukar di atas faktor kenaikan pangkat untuk menjawat jawatan baharu sebagai Penolong Kanan Persuruhjaya SPRM di ibupejabatnya di Putrajaya.

Beliau telah memulakan tugas sebagai Pengarah SPRM Negeri Perlis bermula 22 Februari 2018 sehingga 12 Januari 2020. Mohd Shukor telah berkhidmat selama 26 tahun dan pernah juga bertugas di SPRM Negeri Perlis pada tahun 1993 sebagai pegawai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu sebelum berkhidmat di beberapa buah negeri lain seperti Kedah, Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut juga, Tuanku Raja Muda Perlis tutut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shukor di atas segala bakti beliau sepanjang bertugas di negeri ini dan mendoakan kejayaan beliau di masa hadapan.

Baginda juga berharap lebih banyak lagi jabatan serta agensi yang akan melaksanakan ikrar ini sebagai tanda integriti ‘Benci Rasuah’ dan sokongan penuh kepada pihak SPRM Negeri Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE