Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs, DBP Perkasa Jawi Di Krabi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs, DBP Perkasa Jawi Di Krabi

MAIPs, DBP Perkasa Jawi Di Krabi

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 Januari 2020 09:59

Krabi, Selatan Thailand,10 Januari 2020 (Jumaat) - Tulisan jawi yang merupakan warisan orang Melayu buat pertama kali diperluaskan kaedah pembelajarannya di Wilayah Krabi di selatan Thailand pada tahun ini.

Usaha memperkasakan tulisan jawi di kalangan masyarakat Melayu yang mendiami bumi Thailand ini adalah hasil inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.

‘Bengkel Penulisan Tulisan Jawi’ selama sehari ini telah dianjurkan bersempena ‘Program Ziarah Mahabbah Sempena Sambutan 100 Tahun MAIPs’ pada kali ini.

Munsyi DBP, Mat Yassin Che Yusof telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan bengkel ini yang disertai oleh 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar wanita dari sekitar Wilayah berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Di Pertua MAIPs berkenan berangkat meninjau bengkel berkenaan yang diadakan di Masjid Munawarrah di sini petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda didambut oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mat Yassin berkata, rata-rata masyarakat Melayu di wilayah ini menggunakan tulisan jawi.

Bagaimanapun katanya, menerusi bengkel ini para peserta didedahkan dengan ejaan terkini yang digunakan oleh DBP sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti penguasaan Bahasa Melayu di kalangan generasi muda.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE