Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelancongan: Perlis, Krabi Kongsi Idea n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelancongan: Perlis, Krabi Kongsi Idea

Pelancongan: Perlis, Krabi Kongsi Idea

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 11 Januari 2020 08:50

Krabi, Thailand 11 Januari 2020 (Sabtu) - Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohamad Yusof telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Gabenor Krabi, Somkuan Khan-Ngern di pejabat Gabenor Krabi di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, Datuk Mushid Diraja, Dr. Juanda Jaya dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) Dr. Hazman Hassan.

Pertemuan selama 45 minit ini khusus untuk membolehkan kedua belah pihak dapat berkongsi idea dan pengalaman berkaitan industri perlancongan.

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan sempena kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengetuai delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Krabi, Thailand menerusi Program Ziarah Mahabbah Sempena Sambutan 100 Tahun MAIPs selama tiga hari dari 10 hingga 12 Januari.

Turut serta dalam delegasi ini termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Azman berkata, pihaknya juga telah dimaklumkan oleh Somkuan bahawa Krabi menjadi pilihan pelancong memandangkan wilayah ini bebas dari sebarangpergolakan.

"Setakat ini, wilayah yang didiami kira-kira 40 peratus orang Islam mampu hidup dalam suasana harmoni bersama dengan kaum lain," katanya.

Azman berkata, pada masa depan pihaknya berharap akan mengadakan kerjasama untuk menggalakkan penduduk Krabi menjadikan Perlis sebagai destinasi percutian.

"Setakat ini nama Perlis masih lagi baharu kepada penduduk di sini," katanya.

Katanya, jika jalinan kerjasama ini berjalan lancar maka sudah pasti ia akan dapat membantu melonjakkan industri pelancongan di Perlis. 

~SUMBER MAIPs~

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE