Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pasangan suami isteri johan tilawah Ql-Quran peringkat negeri Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pasangan suami isteri johan tilawah Ql-Quran peringkat negeri Perlis

Pasangan suami isteri johan tilawah Ql-Quran peringkat negeri Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 09 Januari 2020 16:42

KANGAR, 9 Jan -- Pasangan suami isteri tidak menyangka mereka berdua akan merangkul gelaran johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan pada malam tadi.

Pasangan tersebut, Mohamad Anas Abdul Hadi, 31, seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis dan isterinya Nor Husna Mohammad Salleh, 30, seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Pulau Pinang.

Mohamad Anas berkata beliau merasa terharu kerana ini merupakan kejayaan manisnya bergelar johan qari dan qariah bersama isterinya.

“Ini merupakan kejayaan saya yang ketiga. Saya pernah merangkul johan pada 2017 dan 2018. Saya berharap pada peringkat kebangsaan nanti saya boleh buat yang terbaik untuk Perlis,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Sementara itu, Nor Husna berkata beliau tidak menyangka dapat menjadi johan bersama suaminya dan ini merupakan kejayaan keduanya selepas turut menjadi johan qariah pada tahun lepas.

“Sebelum ini saya juga pernah menjadi johan di Pulau Pinang pada 2013 dan 2016 dan tak sangka suami saya juga johan, menewaskan peserta hebat yang lain,” katanya.

Pasangan suami isteri ini membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Mereka akan mewakili negeri Perlis ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 13 hingga 21 Feb depan.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE