Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerajaan, swasta perlu sokong karya pelukis tempatan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerajaan, swasta perlu sokong karya pelukis tempatan - Raja Muda Perlis

Kerajaan, swasta perlu sokong karya pelukis tempatan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 September 2019 10:20

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak kerajaan dan swasta perlu memberi sokongan bagi melonjakkan lagi karya seni pelukis tempatan ke peringkat lebih tinggi.

 

Baginda bertitah, beberapa inisiatif boleh diambil dalam aspek kebajikan dan kelangsungan karier pelukis supaya mereka terus serius bergiat sepenuh masa dan tidak berhenti dalam menghasilkan karya hebat, terutama dalam kalangan pelukis muda.

 

“Beberapa cadangan boleh dilaksanakan melalui sokongan pihak korporat, kilang, gudang, pusat membeli-belah, kedai, pejabat, rumah, bangunan atau kuarters kerajaan yang ditinggalkan dan tidak digunakan lagi, yang boleh dijadikan sebagai ruang pelukis.

 

“Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat tarikan pelancongan baharu yang bukan saja akan mendatangkan pekerjaan kepada pelukis, malah membantu menjana pendapatan melalui pelancongan seni budaya,” titah baginda.

 

Baginda bertitah ketika mencemar duli merasmikan Pameran Harumanis di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa’di Hashim.

 

Baginda bertitah, pengurusan bangunan kerajaan, hotel dan pusat peranginan di negara ini juga disaran untuk mempamerkan karya seni anak tempatan untuk menghidupkan semula seni dan budaya.

 

“Ramai pelukis kita yang berbakat dan memiliki gaya tersendiri. Jika tiada sokongan dan galakan pihak kerajaan dan swasta, para pelukis ini tidak mungkin dapat bertahan lama.

 

“Semua pihak harus memberi sokongan kepada industri seni lukis di Malaysia dan mempromosikan warisan serta budaya, selain mewujudkan kesedaran awam,” titah baginda.

 

Selain itu, titah baginda, latihan dan pendedahan berterusan harus diberikan bagi memantapkan lagi teknik dan hasil seni pelukis tempatan, dalam usaha mengenengahkan karya mereka ke peringkat antarabangsa.

 

Mengenai Pameran Harumanis, baginda merakamkan penghargaan kepada ASWARA dan pelukis yang terbabit, yang menghasilkan 32 karya lukisan mengenai keistimewaan Perlis, sempena sambutan ulangtahun ASWARA ke-25.

 

Baginda turut berkenan menerima 15 karya daripada pameran itu yang akan dihadiahkan sebagai koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Perlis.

 

~ BERITA HARIAN ~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE