Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ziarah kota Al-Quds, sebagai tanda solidariti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ziarah kota Al-Quds, sebagai tanda solidariti

Ziarah kota Al-Quds, sebagai tanda solidariti

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 September 2019 08:20

ARAU 12 Sept. - Ziarah ke kota Al-Quds bukanlah sekadar lawatan biasa, namun ia hendaklah menjadi sokongan dan solidariti buat umat Islam secara keseluruhannya.

Demikian menurut Pengurus Bahagian syarikat Highland Travel yang berpengkalan di Jordan dan Palestin Sheikh Qasem Abu Al Teen ketika mengadakan sembah mengadap hormat ke atas Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Balai Menghadap Kuning, Istana Arau pada petang semalam.

Umat Islam yang mengadakan lawatan ke kota suci berkenaan hendaklah menggunakan kesempatan untuk memberikan sokongan moral dan fizikal kepada penduduk muslim di sana, tambah Sheikh Qasem.

Beliau amat teruja dengan keindahan alam semula jadi negeri Perlis dan mendoakan semoga urusan kita semua terus dipermudahkan serta ukhwah umat Islam amat kuat dan perlu dikekalkan seperti di negeri Perlis ini.

Turut hadir bersama beliau adalah Pengarah Urusan Highland Travel, Sheikh Ahmad Sarhan yang menyatakan amat menghargai setiap sokongan yang diberikan dalam bentuk apa sekalipun oleh masyarakat Malaysia kepada negara dan juga rakyat Palestin. Beliau percaya bahawa kekuatan umat Islam di sini amat teguh sama sepertimana mereka yang berjuang di sana.

Hadir sama mengiringi Tuanku Raja Muda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan pengurusan kanan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama-sama puteri sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah yang turut diiringi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah mengadakan kunjungan ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis pada 5 Oktober 2018 tahun lalu.

 
~ UTUSAN ONLINE ~ 
 
 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE