Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bersederhana, hormati perbezaan - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Bersederhana, hormati perbezaan - Raja Perlis

Bersederhana, hormati perbezaan - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 20 Ogos 2019 10:20

Gambar :" Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat tiba pada perasmian Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14 di Kompleks DUN hari ini. Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid (dua, kanan) dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil."

 

KANGAR, 20 Ogos -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan supaya semua pihak mengamalkan kesederhanaan serta menghormati perbezaan yang ada bagi mengelak sebarang isu terutama berkaitan agama dan kaum.

Baginda bertitah isu-isu seperti itu mudah dieksploitasi untuk mencetus pertelingkahan dan konflik oleh pihak berkepentingan. 

"Janganlah terlalu taksub kepada sesuatu pendapat hingga sanggup melakukan perbuatan yang boleh menggugat perpaduan, keharmonian, kerukunan dan kesejahteraan rakyat," titah baginda semasa berangkat merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di sini hari ini.

Baginda juga memandang serius gejala fitnah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat dan cubaan segelintir pihak menyalahgunakan media sosial untuk menyebar kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis.

"Janganlah mudah bertindak ke atas sesuatu berita atau maklumat yang diterima tanpa terlebih dahulu memeriksa dan memastikan kesahihannya.

 "Ambil langkah proaktif segera dalam menangani hasutan dan fitnah di media sosial kerana kelewatan bertindak dikhuatiri boleh menjerumuskan negara dan negeri dalam kancah polemik dan konflik yang merugikan semua pihak," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya menitahkan agar semua pihak berkepentingan mengamalkan politik matang dan tidak membelakangkan tanggungjawab, amanah dan peranan dalam membangunkan negara dan negeri.

Baginda bertitah politik seharusnya dijadikan wadah dan kaedah terbaik dalam memakmurkan negara dan negeri sehingga seluruh rakyat mendapat ruang berkongsi kemakmuran itu dengan adil dan saksama.

Dalam pada itu baginda juga menyeru supaya kerajaan negeri berbelanja mengikut keutamaan dan memberi fokus kepada program serta projek yang memberi impak besar dan langsung kepada rakyat dan menepati kumpulan sasarnya.

"Tidak dapat dinafikan sumber negeri terhad dan tidak mampu menampung perbelanjaan untuk melonjak Perlis maju ke hadapan.

"Bagaimanapun, beta bersyukur dengan wawasan kerajaan negeri yang melihat ke hadapan secara kreatif dan bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam mewujud dan membangunkan projek-projek berimpak tinggi," titah baginda.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE