MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ZURICH, Switzerland 6 Ogos - Agenda pendidikan merupakan keutamaan yang harus diberikan perhatian oleh semua pihak.
Pendidikan harus dilihat dalam kerangka yang besar iaitu sebagai proses pembinaan generasi akan datang yang gemilang.
MAIPs komited bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan sama ada di peringkat awal pendidikan, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Antara sumbangan MAIPs dalam bidang pendidikan adalah melalui pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), bayaran tambahan gaji guru-guru Tadika Islam, penawaran Biasiswa Tinggi Pendidikan MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Bantuan serta-merta IPT dalam negara dan luar negara, Dermasiswa Pelajar Timur Tengah, Penawaran Biasiswa Peringkat Sarjana dan Kedoktoran Phd di bawah Kursi Jamalullail di Universiti Islam Malaysia (UIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Program Sentuhan Kasih JPN-MAIPs, Penawaran Tusyen Percuma Pusat Celik Minda, penawaran bantuan awal persekolahan, serta Penawaran program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaaan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).
Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan kewangan di Switzerland kepada Duta Besar Malaysia ke negara itu, Sharrina Abdullah sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kloten, Zurich dari Nuremberg, Jerman tengahari tadi.
Berangkat sama mengiring dalam lawatan khas selama tiga hari ke bandar Thun dan Zurich di Switzerland ini ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan, Delfina Jane Aloysius Dris.
Menurut baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, peruntukan tahunan turut disalurkan kepada Institusi-institusi Pendidikan Agama Islam di negeri Perlis yang berdaftar dengan MAIPs serta bantuan-bantuan berkala di bawah peruntukan fi sabilillah untuk program-program kecemerlangan akademik kepada sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis merupakan antara bantuan MAIPs yang memberikan impak positif kepada pendidikan di Negeri Perlis.