Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - YTL Sumbang RM 10,000.00 Kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

YTL Sumbang RM 10,000.00 Kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis

/ Archive MAIPs / Ahad, 18 Februari 2018 08:28


KUALA LUMPUR, 18 Feb. 2018 (Ahad)  - YTL Corporation Berhad (YTL) menghulurkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis untuk tujuan pengisian Tabung Dana Projek Pembinaan Pusat Autism A-Heart di Perlis.

Menurut satu kenyataan, Pengarah Eksekutif YTL, Datuk Yeoh Soo Min diberi tanggungjawab untuk menyerahkan sumbangan itu kepada YTSP.

“Persembahan mock cek sumbangan tersebut telah disambut dan diterima oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bagi mewakili YTSP Perlis,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan bersempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2018 YTL Corporation Berhad di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Yayasan, Datuk Johari Mohd. Darus berkata, YTSP Perlis menyambut baik dan amat berbesar hati menerima sumbangan daripada pihak YTL.

“Sumbangan itu akan disalurkan ke dalam dana sedia ada yang kini jumlahnya sudah pun menjangkau RM444,000 sekali gus cuba menjadikan sasaran kutipan bernilai RM6 juta dalam tempoh tiga tahun yang akan datang sebagai satu realiti,” katanya.

Ujarnya lagi, inisiatif murni yang dimulakan sejak dua tahun lalu ini adalah hasil kerjasama di antara Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama-sama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

“Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga adalah merupakan di antara rakan strategik utama projek ini dan untuk rekod pada masa ini, pusat autism A-Heart sementara telah pun diwujudkan dan beroperasi di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) UniMAP, Pauh Putra,” katanya.

Kata kenyataan itu, pusat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh pihak universiti dan ia dilengkapi dengan kemudahan dan alat sokongan mengajar yang interaktif dan menarik, namun mempunyai kawasan yang amat terhad dan tenaga pembimbing kebanyakannya adalah daripada kalangan warga universiti atau para pelajar sebagai sukarelawan.

Sumber dariapda UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE