Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak kerenah birokrasi dalam urusan kerajaan – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan, dua dari kanan) berkenan bergambar bersama anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan, dua dari kanan) berkenan bergambar bersama anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN, Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

Elak kerenah birokrasi dalam urusan kerajaan – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 April 2024 16:29

KANGAR: Sebarang bentuk kerenah birokrasi dalam urusan kerajaan perlu dielakkan sama sekali bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik buat rakyat.

 

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, setiap urusan kerajaan perlu diberi keutamaan dan diambil langkah segera dalam memastikan perkhidmatan disediakan dapat dilaksanakan dengan pantas.

 

“Dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada masa kini, semua anggota pentadbiran atau penjawat awam perlu memperlihatkan keupayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan secara total dan kreatif,” titah baginda.

 

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin berpandangan kerajaan perlu campur tangan secara serius bagi membina lebih banyak rumah perumahan rakyat atau perumahan awam susulan trend harga kediaman yang kian meningkat dengan mendadak.

 

“Jika semua tanah kerajaan yang boleh dibangunkan rumah kos rendah dan sederhana diberikan pada pemaju swasta, akhirnya kita akan lihat, tidak ada lagi rakyat tempatan yang boleh memiliki rumah,” titahnya.

 

Menyentuh mengenai isu bekalan air di Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin turut menasihati semua pengguna di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil yang mencecah RM34.84 juta.

 

Titah baginda, kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menerusi pemberian geran dalam mengatasi isu kadar Air Tidak Berhasil (NRW) juga diharap dapat membantu dalam menambahbaik perkhidmatan bekalan air di Perlis selepas ini.

 

“Perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan malah isu NRW juga tinggi iaitu pada kadar 62.5 peratus,” titahnya.

 

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE