Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama dalam pasukan penting ketika bertugas – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerjasama dalam pasukan penting ketika bertugas – Raja Muda Perlis

Kerjasama dalam pasukan penting ketika bertugas – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 April 2024 10:27
Tuanku Syed Faizuddin Putra gemar menyantuni warga emas dan kanak-kanak semasa berkenan hadir di majlis penyampaian sumbangan bantuan MAIPs kepada asnaf di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara perkara yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu tugas adalah kerjasama dalam pasukan.

 

Baginda bertitah, kerjasama dan kesepakatan adalah antara kunci paling utama di dalam sebuah organisasi demi mencapai kejayaan dan kemenangan.

 

Sehubungan itu titah Baginda, setiap organisasi perlu menerapkan semangat berkerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dalam menguruskan sistem pentadbiran yang sedia ada.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

“Masing-masing juga memerlukan warga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, serta tenaga dan persiapan mentaliti untuk mencorakkan sistem pengurusan yang terbaik bagi menyumbang bakti kepada organisasi, bangsa dan negara,” titah Raja Muda.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Sumbangan Agihan Zakat yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Sirajuddin Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

 

Agihan ini merupakan salah satu pendekatan pihak MAIPs dalam usaha untuk menyalurkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan di negeri ini.

 

 

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah di majlis penyampaian sumbangan bantuan MAIPs kepada golongan asnaf di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

 

 

Raja Muda merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs sebanyak RM700 kepada 70 asnaf dari anak Kariah Padang Pauh dan 70 lagi anak Kariah dari Paya dengan jumlah penuh sumbangan MAIPs pada sesi kali ini berjumlah RM98,000.

 

Para asnaf yang menerima sumbangan turut berpeluang untuk menyaring kesihatan secara percuma dan juga Ceramah Bangun Jiwa Asnaf dari pihak MAIPs.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE