Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda lancar peruntukan Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi, ATAM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda lancar peruntukan Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi, ATAM

Raja Muda lancar peruntukan Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi, ATAM

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 April 2024 10:21

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan peruntukan Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs yang berjumlah RM15 juta serta Peruntukan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) yang berjumlah RM6.5 juta pada tahun ini.

 

Sumbangan berkenaan merupakan komitmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha untuk memenuhi matlamat pembangunan lestari melalui penyediaan peluang pendidikan serta kemahiran kepada pelajar di negeri Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan pada Majlis Raikan Syawal 2024 di pekarangan Pejabat MAIPs II, Pengkalan Asam, Kangar.

 

 

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan berkenaan yang disampaikan kepada wakil dari kumpulan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) serta usahawan bimbingan akademi ATAM di Majlis Raikan Syawal 2024 di pekarangan Pejabat MAIPs II, Pengkalan Asam, Kangar.

 

Baginda dIiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangan dengan kakitangan MAIPs pada Majlis Raikan Syawal 2024 di pekarangan Pejabat MAIPs II, Pengkalan Asam, Kangar.

 

 

Sambutan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MAIPs yang bertujuan bagi mempromosikan pelbagai inisiatif baharu MAIPs selain mengukuhkan ukhwah bersama rakan-rakan strategik MAIPs.

 
 

 

Pada majlis berkenaan, MAIPs turut mempromosikan 10 usahawan bimbingan ATAM yang berpotensi untuk menjadi penyedia makanan di pelbagai majlis dan acara.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan peruntukan Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs serta Peruntukan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan ATAM pada Majlis Raikan Syawal 2024 di pekarangan Pejabat MAIPs II, Pengkalan Asam, Kangar

 

 

Pelbagai juadah makanan dan minuman yang telah disediakan buat para tetamu kira-kira 700 orang.

 

Pada majlis berkenaan juga turut dilaksanakan apresiasi kepada Pegawai Penyelaras Zakat MAIPs, Mohd Radzi Ahmad Rahim yang bersara secara pilihan setelah memulakan kerjaya sebagai Pekhidmat Majlis bermula 1985 dan telah berkhidmat selama hampir 40 tahun. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE