MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU, 6 Mac- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan meraikan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam satu jamuan santapan di Kangar.
Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah AlmarhumTengku Abdul Rashid dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Kedah, disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama, cucunda-cucunda Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Puteri Nurlin Syazwani Datuk Paduka Haji Mohammad Yaacob.
Wartawan: Wan Noor Azley
Foto: Media Istana Arau
Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
'Yang sahih di Berita RTM'
Sumber daripada BERITA RTM