Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda lawat Villa Indah Kayangan, Amanda Homestay n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di salah satu penginapan pelancongan di Kampung Bonggol Sena sempena Kayuhan MAIPs Peduli. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di salah satu penginapan pelancongan di Kampung Bonggol Sena sempena Kayuhan MAIPs Peduli.

Raja Muda lawat Villa Indah Kayangan, Amanda Homestay

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 21 Februari 2024 08:31
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar bersama peserta sempena Kayuhan MAIPs Peduli ketika singgah di salah satu penginapan pelancongan di Kampung Bonggol Sena yang menyediakan kolam renang untuk penghuni.

 

 

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke dua premis penginapan pelancongan di Kampung Bonggol Sena yang menarik iaitu Villa Indah Kayangan dan Amanda Homestay.

Kedua-dua villa dan homestay ini mendapat langganan pengunjung menginap yang amat mengalakkan terutamanya ketika kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 sedang berlangsung ini.

 

Ia dilengkapkan dengan kolam renang dewasa dan kanak-kanak, tempat letak kenderaan yang mencukupi, pemandangan hijau yang menyegarkan dan privasi menjadikan pengusaha dua rumah inap ini tidak menang tangan buat masa kini.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar dengan peserta Kayuhan MAIPs Peduli semasa singgah di salah sebuah rumah asnaf di Kampung Banggol Sena.

 

 

Keberangkatan Raja Muda diiringi sama oleh anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail adalah bersempena dengan program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua berkenan untuk menyampaikan sumbangan dari MAIPs yang berupa wang tunai RM700, ‘Kits MAIPs Peduli’ dan beras fidyah kepada tiga keluarga asnaf terpilih.

 

Mereka adalah Rahmat Abas, 61, Nor Aisiah, 49 dan Azmi Mat Boo, 67 di mana kesemuanya dari Kampung Banggol Sena.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra ketika melawat Villa Indah Kayangan di Kampung Banggol Sena.

 

 

Raja Muda berkenan menjemput semua pihak datang ke Perlis untuk merasai sendiri makanan yang enak di negeri ini dan dalam masa yang sama melawati ke tempat-tempat menarik yang ada.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE