Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Cadangan Hakim Syarie kaji amalan Mahkamah Sivil n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Cadangan Hakim Syarie kaji amalan Mahkamah Sivil

Cadangan Hakim Syarie kaji amalan Mahkamah Sivil

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 16 Februari 2024 15:59
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis sumbangan zakat MAIPs di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar.

 

 

HAKIM Syarie dicadangkan untuk mengkaji dan mengguna pakai prosedur dan amalan di Mahkamah Sivil untuk penyelesaian kes dengan segera.

Sebagai contoh, konsep penghakiman ringkas atau “summary judgement” dan penghakiman ingkar “judgement in default” sekiranya tidak ada halangan dari segi undang- undang.

 

Pendekatan seperti ini akan dapat mempercepatkan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah.

 

Sekiranya terdapat halangan undang-undang, maka hendaklah disemak semula perundangan tersebut demi kemaslahatan pihak-pihak di dalam perbicaraan.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar.

 

 

Pada masa yang sama prosedur Mahkamah Syariah yang terdapat di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah hendaklah disemak dari semasa ke semasa supaya seiring dengan peredaran zaman dan keperluan semasa.

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sumbangan Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, Kangar.

 

 

Pada sesi kali ini seramai 70 anak kariah terpilih dari Behor Empiang dan 70 orang lagi dari kariah Kechor menerima sumbangan wang tunai bernilai RM700 setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs dengan jumlah penuh sebanyak RM98,000. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE