Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja, Raja Perempuan Perlis Terima Mengadap Timbalan Menteri Kesihatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja, Raja Perempuan Perlis Terima Mengadap Timbalan Menteri Kesihatan

Raja, Raja Perempuan Perlis Terima Mengadap Timbalan Menteri Kesihatan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 13 Februari 2024 09:25

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni di Kangar, semalam.

 

Berkenan berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari.

Lukanisman dan delegasinya berada di Perlis selama tiga hari, dari 6 hingga 8 Februari atas urusan rasmi dan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Beseri, Klinik Desa Panggas dan Klinik Kesihatan Simpang Empat serta beberapa fasiliti kesihatan lain di negeri ini.

Beliau telah melakukan perasmian Wellness Hub UTC Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula serta Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Perlis di Wellness Hub UTC Kangar selain mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar.

Lukanisman turut mengiringi Raja Muda dalam program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Utan Aji.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE