Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP komited hasilkan graduan beretika – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP komited hasilkan graduan beretika – Raja Muda

UniMAP komited hasilkan graduan beretika – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 01 Februari 2024 12:09

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) bertanggungjawab dan komited dalam menghasilkan graduan yang beretika dalam melaksanakan tugas, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan penting dalam mendepani pelbagai cabaran serta perubahan persekitaran.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pelajar perempuan UniMAP yang menerima sumbangan agihan zakat MAIPs di Surau Universiti di Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

Sebagai salah sebuah ‘Malaysian Technical University Network (MTUN)’ UniMAP akan terus bertindak sebagai penyedia program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pengajian tinggi dan merancang serta melaksanakan agenda transformasi digital bagi meningkatkan lagi aspek pengajaran dan pembelajarannya.

 

Adalah diyakini bahawa kepakaran yang ada di UniMAP berupaya merealisasikan agenda pendigitalan TVET dan menjadikannya sebagai antara contoh amalan terbaik oleh universiti di dalam dan luar negara.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang pelajar UniMAP di Surau Universiti di Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

 

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 pelajar terpilih Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Surau Universiti di Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Setiap siswa dan siswi tersebut menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang pelajar UniMAP di Surau Universiti di Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

 

Jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs pada kali ini ialah RM98,000.

 

Majlis sumbangan anjuran MAIPs ini telah mendapat kerjasama daripada pihak UniMAP dalam usaha membantu para pelajar yang terdiri daripada golongan yang memerlukan. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE