Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs laksana ‘Program Rezeki Subuh’ mulai 1 Februari n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs laksana ‘Program Rezeki Subuh’ mulai 1 Februari

MAIPs laksana ‘Program Rezeki Subuh’ mulai 1 Februari

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 31 Januari 2024 13:47
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar pada Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 di Bilik Senat UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

 

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan melaksanakan ‘Program Rezeki Subuh’ selama 40 hari mulai Khamis, 1 Februari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 di Bilik Senat UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

 

Pihak MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan Solat Subuh berjemaah.

 

Ia akan melibatkan 101 buah masjid seluruh Perlis dalam tempoh berkenaan.

 

Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk hadir menunaikan Solat Subuh secara berjemaah.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mempengerusikan Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 di Bilik Senat UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

 

Keputusan untuk pelaksanaan program ini diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 pada 23 Januari lalu di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan “Program Rezeki Subuh” itu di akhir persidangan.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE