Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Berjuang sekarang untuk masa depan lebih baik – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan ‘Laman Kopi’ di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan ‘Laman Kopi’ di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis

Berjuang sekarang untuk masa depan lebih baik – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Januari 2024 09:03

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa pentingnya berjuang pada masa sekarang demi mewujudkan masa depan kehidupan yang lebih baik.

Baginda bertitah, selaras mendokong hasrat menjadikan ‘Islam Berkemajuan’ sebagai teras masyarakat yang unggul.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan menikmati kopi sempena pelancaran ‘Laman Kopi’ di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis

 

 

Sehubungan itu titah Baginda, setiap khidmat kepada ummah di segenap peringkat dilaksanakan pula harus berpaksikan kepada Ukhuwah Islamiyah.

 

Titah Baginda, khidmat ini merupakan tanggungjawab untuk memajukan bersama seluruh umat Islam bagi memberikan sumbangan kepada persaudaraan yang lebih luas.

“Pada masa yang sama al-Quran dan Al-Sunnah telah memerintahkan setiap orang Islam harus peduli atau ‘concern’ terhadap golongan yang lemah atau ‘dhu’afa’ seperti para fakir miskin, golongan tua, golongan kurang upaya dan anak-anak yatim,” titah Baginda.

 

 

Sheikh Wasim Kempson, Ilmuwan dari England menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih sempena program Hijrah Minda MAIPs anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis semalam.

 

Berangkat sama ialah anakanda bongsu Baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Menyambut keberangkatan Baginda ialah Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis Tahun 1445 Hijrah, Tan Sri Ariffin Mohd Yusuf.

Raja Muda kemudiannya berkenan melancarkan ‘Laman Kopi’ di Masjid Al Hussain yang beroperasi di kawasan taman masjid.

 

Terdahulu daripada itu Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan zakat kepada salah seorang asnaf terpilih sempena program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis.

 

 

Ilmuwan terkenal dari England, Sheikh Wasim Kempson yang berada di Perlis bagi menjayakan program “Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024” menyampaikan khutbah dan seterusnya mengimamkan solat. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE