Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelancong ke Perlis boleh sewa motosikal elektrik mulai 1 Februari n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat penyerahan replika kunci motosikal oleh Nellsen kepada Mohd Shukri pada majlis Pelancaran EV Motocycle – For A Greener and More Sustainabe Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di UniMAP Pauh Putra, Arau. Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat penyerahan replika kunci motosikal oleh Nellsen kepada Mohd Shukri pada majlis Pelancaran EV Motocycle – For A Greener and More Sustainabe Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di UniMAP Pauh Putra, Arau.

Pelancong ke Perlis boleh sewa motosikal elektrik mulai 1 Februari

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Januari 2024 14:14

PERLIS tetap ada kelebihannya sekalipun dikatakan sebagai negeri paling kecil di Malaysia. Jadi, melancong di Perlis tidak perlu menempuh satu perjalanan jauh untuk bergerak dari satu ke satu destinasi menarik.

Lebih menarik mulai 1 Februari depan, para pelancong berpeluang menyewa motosikal elektrik untuk bersiar-siar yang akan bermula di Kuala Perlis.

 

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan berangkat dan menyempurnakan Pelancaran EV Motocycle – For A Greener and More Sustainabe Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di UniMAP Pauh Putra, Arau.

 

 

Ini kerana Syarikat Smart Leisure & Travels Sdn Bhd, anak syarikat kepada MyUS Group mengorak langkah untuk memulakan perniagaan penyewaan motosikal elektrik berjenama E-Bixon di Negeri Perlis sebagai menyokong Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

 

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Nellsen Young semasa berucap pada majlis Pelancaran EV Motocycle – For A Greener and More Sustainabe Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Arau.

Beliau berkata, pembukaan pusat penyewaan motosikal elektrik ini bertujuan untuk mempromosikan dan menyediakan kemudahan kepada para pelancong agar dapat meneroka, menikmati keindahan dan keunikan Negeri Perlis.

 

“Ianya selari dengan pengiktirafan Perlis sebagai Perlis Geopark dan hasrat kerajaan MADANI ke arah mencapai sasaran karbon sifar seawal 2050,” katanya.

 

Sempena majlis itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan pelancaran motosikal elekterik berkenaan.

 

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

 
Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan para hadirin sempena majlis Pelancaran EV Motocycle – For A Greener and More Sustainabe Perlis di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di UniMAP Pauh Putra, Arau.

 

 

Nellsen berkata, Smart Leisure & Travels adalah syarikat agensi pelancongan yang telah beroperasi sejak 2019 akan menguruskan penyewaan motosikal elektrik jenama E-Bixon kepada para pelancong dan warga tempatan bermula pada Februari depan di Kuala Perlis.

 

“Seterusnya di Padang Besar, stesen KTM Arau dan beberapa Hotel terpilih di Perlis,” katanya.

 

Beliau berkata, dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri, dan agensi-agensi tempatan yang sentiasa membantu, syarikat berharap sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kedatangan pelancong ke Negeri Perlis.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE