Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis harap MITI bantu Perlis tingkat pelaburan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN

Raja Muda Perlis harap MITI bantu Perlis tingkat pelaburan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 24 Januari 2024 14:24

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dapat membantu negeri ini dalam aspek pelaburan sekali gus merancakkan lagi ekonomi Perlis sama ada membabitkan pelaburan dari dalam atau luar negara.

 

Titah baginda, pihak MITI juga diharap dapat memberi nasihat yang berterusan kepada Perlis berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam mengendalikan pelabur.

 

Titah baginda, ia termasuk dapat membantu membuat pendedahan yang meluas tentang peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri Perlis kepada pelabur-pelabur luar.

 

“Pendedahan aspek pelaburan di Perlis itu agar dapat dikembangkan dengan lebih jauh lagi dan pada masa yang sama memperkuatkan jaringan dan hubungan antara pelabur bersama pihak MITI dan negeri Perlis.

 

“Ia terutama dalam memperkasakan projek-projek yang ada di Perlis agar pelabur lebih berminat untuk masuk melabur di negeri ini,” titah baginda selepas berkenan menerima mengadap

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin dan Chin Tong membincangkan mengebai pelaburan dan baginda berharap agar pihak MITI dapat membantu negeri Perlis sepenuhnya dalam aspek pelaburan.

 

Seterusnya baginda bertitah, pihak MITI juga boleh sentiasa berkongsi dengan Perlis melalui visi dan misi terutama pelan jangka panjang.

 

“Ia bagi terus memastikan kaedah pelaburan di negeri ini kekal relevan dalam mencari peluang menambah pelabur luar untuk masuk ke Perlis,” titah baginda.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE