Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Agama yang benar bentuk cara fikir yang betul – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Agama yang benar bentuk cara fikir yang betul – Raja Muda

Agama yang benar bentuk cara fikir yang betul – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Disember 2023 09:46

Agama yang benar lagi sahih akan membentuk cara fikir yang betul lagi seimbang, membersihkan rohani dari kekotoran jiwa, mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, menterjemahkannya dalam perbuatan dan sikap yang soleh dan diredhai Allah SWT.

Pada masa yang sama, minda, akal budi, rohani dan perlaksanaan amalan agama itu hendaklah dibina di atas asas yang benar dan sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

 

       

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang sesuatu semasa berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda Bilangan Ke-19 Bagi Tahun 2023’ anjuran MAIPs di Masjid Al Ehsan, Kampung Darat, Beseri, Padang Besar.

 

        

Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis yang memartabatkan kedudukan istimewa Manhaj Ahlis Sunnah WalJamaah’.

        

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan ‘Program Hijrah Minda Bilangan Ke-19 Bagi Tahun 2023’ anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al Ehsan, Kampung Darat, Beseri, Padang Besar.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

       

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

 

          

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs pada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda Bilangan Ke-19 Bagi Tahun 2023’ anjuran MAIPs di Masjid Al Ehsan, Kampung Darat, Beseri, Padang Besar.

 

           

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh pada sesi kali ini ialah RM8,000.

       

Terdahulu itu diadakan ialah slot ceramah oleh pihak Pejabat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis mengenai amalan baik kitar semula di negeri ini. 

 

            

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE