Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengusaha restoran, kedai makan disaran sedia ruang solat – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengusaha restoran, kedai makan disaran sedia ruang solat – Raja Muda

Pengusaha restoran, kedai makan disaran sedia ruang solat – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 04 Disember 2023 09:42

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para pengusaha restoran atau kedai makan di Perlis yang belum ada ruang solat disaran supaya mempertimbang untuk menyediakannya bagi kemudahan pekerja dan pelanggan.

Baginda bertitah, memang terdapat banyak masjid dan surau sedia ada namun penyediaan ruang solat juga ada kepentingannya.

 

      

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Promosi Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Peringkat UniMAP sambil disaksikan Zaliman Sauli (kanan) di pekarangan Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

 

                     

Titah Baginda, cukuplah ruang solat ini dengan keluasan yang sederhana di mana dilengkapi dengan tempat berwuduk yang berasingan dengan tandas, selamat dan bersih untuk digunakan.

            

“Sekaligus ia juga akan menjadi salah satu faktor tarikan untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan khususnya mereka yang beragama Islam,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik pelancaran Promosi Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di pekarangan Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

           

Baginda diiringi oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan tertinggi universiti.

            

Zaliman berkata, UniMAP turut melaksanakan inisiatif ini sebagai komitmen bersama untuk menarik kedatangan pelancong ke Perlis.

         

Tambahnya, promosi ini juga bertujuan untuk menguar-uarkan kepada ibu bapa dan waris selain tetamu-tetamu dari dalam dan luar negara yang mengunjungi UniMAP dari masa kesemasa mengenai potensi pelancongan di negeri ini.

         
         
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan merasmikan Promosi Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Peringkat UniMAP di pekarangan Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

 

             

Tambah beliau, dengan mengambil contoh sempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke-18 baru-baru ini yang disempurnakan oleh Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor telah menyaksikan UniMAP menerima lebih daripada 20,000 pengunjung termasuk yang hadir ke Festival Konvokesyen (FESTKON) yang diadakan di dalam kampus sekaligus merancakkan lagi promosi TMPs 2024/2025 pada kali ini.

        

“Kita yakin dengan kedatangan pelancong akan mampu meningkatkan lagi pendapatan rakyat, menjana ekonomi setempat dan juga menggerakkan ekonomi,” tambahnya. 

 

      

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE