Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘Kangar Sentral’ Dijangka Siap Sebulan Lebih Lagi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
‘Kangar Sentral’ Dijangka Siap Sebulan Lebih Lagi

‘Kangar Sentral’ Dijangka Siap Sebulan Lebih Lagi

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 30 November 2023 14:23

TERMINAL  Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis, ‘Kangar Sentral’ dijangka siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.

 

 

‘Kangar Sentral’ ini akan diserahkam kepada Kerajaan Negeri Perlis pada Mac tahun depan.

Terminal ini merupakan projek pusat pengangkutan awam bersepadu yang akan menjadi hub pengangkutan darat di Perlis di mana kini telah siap hampir 90 peratus.

Antara kemudahan yang akan disediakan termasuklah Platform Pelepasan (3 bilangan), Platform Ketibaan (3 Bilangan), Parkir Sementara Bas (6 bilangan), parkir awam (25 unit), parkir teksi (25 unit), surau, tandas awam, bilik tukar lampin, ruang komersial seperti kiosk dan gerai jualan serta kaunter-kaunter.

Maklumat ini dipersembah maklumkan oleh Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Ir. Law Jia Haur kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan mengetuai sesi kayuhan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Kayuhan ini dilaksanakan bersempena Majlis Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada sebelah paginya yang disekalikan dengan Kayuhan rutin Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli.

Sempena program tersebut Raja Muda turut berkenan menyantuni tiga rumah asnaf terpilih yang menerima bantuan RM700 secara tunai, ‘Kits MAIPs Peduli’ serta beras fidyah.

Kamaruzaman Abdul Karim, 58, dari Kampung Titi Serong, Kayang; M Salim Kasa, 63, dari Kampung Alor Marus; dan Leha Saleh, 88, dari Kampung Behor Kulit Kerang merupakan penerima bantuan pada edisi kali ini.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE