Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UNIMAP BIAYA PENGAJIAN, ELAUN KEPADA SISWAZAH PALESTIN SAMBUNG PENGAJIAN SARJANA n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UNIMAP BIAYA PENGAJIAN, ELAUN KEPADA SISWAZAH PALESTIN SAMBUNG PENGAJIAN SARJANA

UNIMAP BIAYA PENGAJIAN, ELAUN KEPADA SISWAZAH PALESTIN SAMBUNG PENGAJIAN SARJANA

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 November 2023 22:56

KANGAR, 23 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membiayai yuran pengajian serta memberikan elaun bulanan kepada seorang siswazah dari Palestin yang ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di universiti itu.

   

UniMAP dalam satu kenyataan memaklumkan Mohanad B.A Qubtan, 22, berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik selama empat tahun pada peringkat Sarjana Muda.

     

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli menyerahkan surat tawaran peringkat Sarjana itu kepada Mohanad dalam satu majlis ringkas selepas tamat sidang ketiga Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP, baru-baru ini.

    

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merupakan Canselor UniMAP,  berkenan menyaksikan sesi penyerahan surat tawaran berkenaan.

      

“Dia (Mohanad) turut memaklumkan kepada Tuanku Raja Muda Perlis rasa syukur kerana kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UniMAP di bawah naungan baginda prihatin dengan pelajar Palestin yang menuntut di negara ini.

      

“Selain (itu) berharap adiknya juga dapat melanjutkan pengajian di UniMAP memandangkan universiti tempat adiknya menuntut di Gaza sudah musnah dibom,” menurut kenyataan itu.

      

Menurut kenyataan itu, selama tempoh empat tahun belajar di UniMAP, Mohanad tidak pulang ke Gaza, Palestin bagi memberikan tumpuan kepada pelajaran di samping menghadapi kekangan kewangan.

      

"Pendidikan adalah kaedah terbaik bagi mengatasi segala permasalahan dan marilah kita sama-sama mendoakan Palestin kembali aman dan Mohanad dapat pulang bertemu keluarganya,” menurut kenyataan itu.

 

     

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE