Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pameran ‘Inspirasi Serikandi’ dilancarkan di Galeri UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pameran ‘Inspirasi Serikandi’ dilancarkan di Galeri UniMAP

Pameran ‘Inspirasi Serikandi’ dilancarkan di Galeri UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 November 2023 15:23

PAMERAN ‘Inspirasi Serikandi’ dilancarkan di Galeri Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

          
Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan salah satu gambar pada pameran ‘Inspirasi Serikandi’ di Galeri UniMAP, Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

           

Iq adalah pameran berkisarkan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah selaku Pro Canselor UniMAP dan telah mula dipamerkan pada 18 November 2023 sehingga 18 April tahun depan.

     

Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Universiti.

       

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

        

Turut menyambut adalah Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMA, Mazmin Mat Akhir dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

 

     

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen tertarik dengan salah satu gambar pada pameran ‘Inspirasi Serikandi’ di Galeri UniMAP, Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

               

Pameran ini merupakan kali ke empat yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Galeri Universiti dan pada kali ini dengan kerjasama MAIPs bersempena Istiadat Konvokesyen Ke-18 UniMAP.

      

Ia memaparkan sumbangan dan dedikasi Tuanku Pro Canselor UniMAP di dalam program kemasyarakatan, pembangunan UniMAP, pembangunan Perlis dan penglibatan di dalam pelbagai badan bukan kerajaan.

     

Selain itu, pameran ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada penglibatan dan komitmen Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah di dalam pembangunan dan kecemerlangan Negeri Perlis, UniMAP, negara dan antarabangsa.

      
Tuanku Syed Faizuddin Putra tertarik dengan gambar Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen pada pameran ‘Inspirasi Serikandi’ di Galeri UniMAP, Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

      

Beberapa segmen menarik mengenai Tuanku Raja Puan Muda dipamerkan meliputi segmen latar belakang, pembangunan komuniti, pembangunan wanita, gaya hidup sihat, pendidikan awal kanak-kanak dan segmen UniMAP. 

 

     

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE