Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP, UQ Australia kerjasama program Global Outreach 7.0 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP, UQ Australia kerjasama program Global Outreach 7.0

UniMAP, UQ Australia kerjasama program Global Outreach 7.0

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 November 2023 09:25

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) bekerjasama dengan The University of Queensland (UQ), Australia bagi program Global Outreach 7.0 pada 23 hingga 28 Oktober lalu.

Mahasiswa UniMAP telah menjalankan aktiviti mobiliti antarabangsa di sebuah universiti berkedudukan ranking 43 terbaik dunia yang mempunyai fasiliti solar terbesar.

 

            

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan skrol kepada para graduan pada Sidang Ke-8 iaitu sesi terakhir bagi Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke 18 pada 2023 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

             

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor yang dipaparkan pada skrin gergasi yang disediakan sempena Sidang Ke-8 dan merupakan sesi terakhir bagi Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke 18 pada 2023 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

                    

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, ‘Kekuatan sektor industri agroteknologi serta tenaga yang boleh diperbaharui di Queensland, Australia telah dijadikan asas dalam program mobiliti antarabangsa kali ini’.

                 

Para pelajar telah menghadiri seminar program New Colombo Plan berkenaan industri pembungkusan elektronik serta dapat berkongsi kepada staf dan mahasiswa UQ tentang UniMAP serta Malaysia.

       

“Besarlah harapan beta agar lebih banyak lagi kerjasama antarabangsa seperti ini dijalankan oleh pihak UniMAP sebagai platform untuk meningkatkan keterlihatan di peringkat antarabangsa dan memberi pendedahan kepada siswazah untuk meningkatkan kemahiran dalam penyelidikan,” titah Raja Muda.

 

        

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan skrol kepada salah seorang graduan pada Sidang Ke-8 iaitu sesi terakhir bagi Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke 18 pada 2023 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

           

Sidang tersebut disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor.

           

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Md Farishzan Ismail, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan Penganugerah Pingat Emas Naib Canselor kepada Luqmanul Hakim Hidayat dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) dan Gan Chong Yao dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM).

         

Seramai 333 graduan telah terlibat pada sidang akhir bagi menerima skrol masing-masing daripada Raja Puan Muda.

 

       

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan skrol kepada para graduan pada Sidang Ke-8 iaitu sesi terakhir bagi Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke 18 pada 2023 di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

 

         

Ia melibatkan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN), Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM) dan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE). 

 

   

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE