Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Terima Zakat Daripada TNB Berjumlah RM6.2 Juta Sejak 2016-2022 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Terima Zakat Daripada TNB Berjumlah RM6.2 Juta Sejak 2016-2022

MAIPs Terima Zakat Daripada TNB Berjumlah RM6.2 Juta Sejak 2016-2022

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 November 2023 09:46

KANGAR, 3 November- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan keseluruhan zakat untuk negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM6.2 juta bermula 2016 hingga 2022.

 

Untuk tahun ini, TNB menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada MAIPs berdasarkan jumlah pendapatan dan keuntungan operasi TNB pada tahun kewangan 2022.

Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim memaklumkan, pada tahun 2022, TNB telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM40.430 juta untuk diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Pecahan pengagihan wang zakat perniagaan TNB ini adalah berdasarkan kepada 60 peratus jumlah bagi fakir miskin di setiap negeri, 20 peratus jumlah pengguna dan 20 peratus lagi daripada kapasiti penjanaan.

TNB turut memberi sumbangan Zakat Wakalah, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM921,000 melalui program rumah Projek Baiti Jannati (PBJ) kepada 18 penerima di Perlis iaitu sejajar dengan hasrat TNB untuk memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu golongan asnaf meningkatkan kualiti hidup mereka dengan penyediaan tempat tinggal yang selesa.

Selain itu, TNB turut memberi sumbangan Zakat Wakalah pada tahun 2023 sebanyak RM15,000 untuk anak-anak asnaf negeri Perlis melalui program Jelajah Ramadan 2023 iaitu kerjasama strategik antara RTM dan TNB.

Beliau menyembah maklum mengenainya kepada Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di majlis Persembahan Penyerahan Zakat Perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun Kewangan 2022 yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat,  Kangar.

Pada majlis itu juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Zakat Wakalah sumbangan wang tunai dari TNB kepada 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat.

Sumber daripada Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE