Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kempen Hayya Ala Solah, Beri Kesedaran Kepentingan Ibadah Solat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kempen Hayya Ala Solah, Beri Kesedaran Kepentingan Ibadah Solat

Kempen Hayya Ala Solah, Beri Kesedaran Kepentingan Ibadah Solat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 November 2023 09:41

KANGAR, 3 November- Kempen Hayya Ala Solah, satu inisiatif bagi memberikan kesedaran tentang kepentingan menunaikan ibadah solat kepada seluruh masyarakat negeri Perlis.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya, objektif utama kempen tersebut termasuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan keutamaan mengerjakan ibadah solat fardhu lima waktu.

Selain itu, kempen berkenaan juga bertujuan mengajak masyarakat Islam di Perlis untuk menunaikan ibadah solat sepertimana yang dituntut dalam agama khususnya solat secara berjemaah.

Baginda berkenan melancarkan Kempen Hayya Ala Solah Peringkat Negeri Perlis bersempena Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar.

Kempen dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis,

Bersempena majlis ini, baginda turut berkenan melancarkan buku terbitan Jabatan Mufti Negeri dengan kerjasama MAIPs berjudul ‘Pembersihan Jiwa Menerusi al-Quran dan al-Sunnah oleh pengarangnya, Profesor Dr Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.

Sumber daripada Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE