Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - SHT Engineering Sumbang RM100,000 Untuk Tujuan Pendidikan Melalui YTSP Dan FCoEE n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
SHT Engineering Sumbang RM100,000 Untuk Tujuan Pendidikan Melalui YTSP Dan FCoEE

SHT Engineering Sumbang RM100,000 Untuk Tujuan Pendidikan Melalui YTSP Dan FCoEE

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 20 Oktober 2023 15:05

PUTRAJAYA: SHT Engineering Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan kebajikan bernilai RM50,000 kepada Tabung Pusat Pendidikan dan Latihan Autism (A-Heart) Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan RM50,000 lagi kepada Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE).

 

Penyerahan tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam satu Majlis Kesyukuran yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya pada malam semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan SHT Engineering Sdn. Bhd., Muhammad Aiman Loh Abdullah.

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Muhammad Aiman  kepada Pakar Bius Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya yang mewakili A-Heart YTSP Perlis; dan Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran selaku Penasihat FCoEE.

SHT Engineering adalah syarikat yang menawarkan rangkaian komprehensif teknologi canggih dan penyelesaian teknologi maklumat serta komunikasi untuk memenuhi pelbagai aplikasi dan keperluan lain.

Syarikat itu turut menyediakan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu kepada pelbagai industri termasuk tenaga, minyak dan gas, utiliti, telekomunikasi, kerajaan, perbankan dan kewangan.

Majlis pada malam itu turut diserikan lagi dengan Sesi Perkongsian Ilmu oleh Masitah Mohd Afandy, Pemengaruh Tik Tok dan Ketua Pegawai Eksekutif, NM Aircond dan persembahan oleh Kumpulan Gambus Al Hilal Muar Johor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menaungi FCoEE serta Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah selaku Penaung A-Heart menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak SHT Engineering yang amat prihatin dan menitikberatkan aktiviti sosial dan kebajikan masyarakat.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam bidang pendidikan di negeri Perlis,”  titah Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda.

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE