Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kes Perceraian: JAIPs terima 1,000 permohonan setiap tahun n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kes Perceraian: JAIPs terima 1,000 permohonan setiap tahun

Kes Perceraian: JAIPs terima 1,000 permohonan setiap tahun

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 20 Oktober 2023 08:23
KANGAR, 19 Oktober- Sebanyak 1,000 kes berkaitan permohonan perceraian diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) setiap tahun melibatkan pasangan yang beragama Islam di negeri ini.
    
Beberapa faktor kebiasaan dikenal pasti termasuklah kegagalan suami memberi nafkah, terlibat dengan penagihan dadah dan sebagainya.
     
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman memaklumkan, sejak kebelakangan ini, kes perceraian menjadi lebih kompleks disebabkan semakin ramai orang luar menentap dan berkhidmat di Perlis.
        
Punca terbaharu yang dihadapi melibatkan isu seperti suami tidak lagi romantik, isteri kerap meluahkan perasaan dalam media sosial kepada umum, kehadiran orang ketiga dan sebagainya.
     
"Sepatutnya hal rumah tangga ini selesai bersama-sama kita, kalau tak boleh, kita ambil orang yang boleh mendamaikan.
       
"Al-Quran ajar kita, kita boleh cari pendamai dan kita ada orang yang boleh yang menasihatkan kita.
        
"Pejabat agama sentiasa terbuka untuk mendengar masalah rumah tangga di negeri Perlis ini, kita boleh cari jalan penyelesaian terbaik. "
      
"Tak perlulah bongkarkan sampai ke orang lain yang tak tahu pun tahu masalah rumah tangga kita ini," tegas Hafeez.
           
Beliau ditemui media pada Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis di Kelab Golf Putra Sungai Batu Pahat, Kangar.
      
Program dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, dan turut disertai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Najmuddin Abdul Karim.
        
Seramai 105 Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam mewakili semua masjid seluruh Perlis hadir, dimana 18 daripadanya menerima tauliah lantikan baharu daripada JAIPs
   
    
Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE