Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis hadir Kejohanan Golf MBSB Bank – Perlis Amateur Open n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis hadir Kejohanan Golf MBSB Bank – Perlis Amateur Open

Raja Perlis hadir Kejohanan Golf MBSB Bank – Perlis Amateur Open

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 13 Oktober 2023 10:12

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf MBSB Bank – Perlis Amateur Open 2023 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Naib Presiden 1 KGP Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBSB Bank, Datuk Nor Azam M.Taib.

 

Yusran Shah (kiri) menyampaikan cek replika kepada salah seorang pemenang pada Kejohanan Golf MBSB Bank – Perlis Amateur Open 2023 di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat baru-baru ini.

   

MBSB Bank merupakan penaja utama kejohanan yang berlangsung pada kali ini bermula 5 sehingga 8 Oktober lalu itu disertai kira-kira 60 peserta.

   

Kejohanan ini juga menghimpunkan rakan kongsi perniagaan strategik bertujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi aktiviti ekonomi dan perniagaan di negeri Perlis.

   

Payment Network Malaysia (PayNet) turut bekerjasama bagi menjayakan kejohanan ini.

  

PayNet dan MBSM Bank akan menjadi pemacu pendigitalan perniagaan untuk perusahaan kecil dan mikro di negeri ini.

  

Pemenang bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh Mohd Shakiran Johari dan tempat kedua Mohd Shahrul manakala bagi Kategori Wanita dimenangi oleh Eireen Syafeeya.

     

Bagi Kategori Lelaki A ‘Intermediate’ dimenangi oleh Zulkifli Said dan tempat kedua, Khairyazmeel Ahmad.

    

Kategori Lelaki B ‘Intermediate’ pula dimenangi oleh Fauzie Osman dan tempat kedua Nordin Osman.

     

KGP Perlis akan cuba menganjurkan lebih banyak lagi kejohanan-kejohanan tertutup dan juga peringkat terbuka khususnya pada tahun hadapan dan tahun berikutnya bagi sama-sama memeriahkan lagi sektor pelancongan sukan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. 

     

     

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE