Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat kena hargai kepelbagaian budaya – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat kena hargai kepelbagaian budaya – Raja Muda Perlis

Rakyat kena hargai kepelbagaian budaya – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 13 Oktober 2023 08:17

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menghargai kepelbagaian budaya dan keharmonian negara yang tercinta ini. Perpaduan kita adalah bukti kekuatan nilai dan prinsip kita bersama.

Sebarang tuturan atau tingkahlaku ke arah kebencian, perkauman, diskriminasi kaum, xenofobia, sikap tidak bertoleransi dan tindakan ekstremisme boleh mengganggu keamanan dan keharmonian yang wujud di negara ini.

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat kepada seorang asnaf, Zalilawati sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

  

  

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat kepada seorang asnaf, Hassan sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

  

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini.

  

Semasa kayuhan juga Raja Muda Perlis turut berkenan singgah bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih di sepanjang laluan.

  

Ketiga-tiga penerima terpilih pada kali ini ialah Zalilawati Aliyas, 51, Che Rosiah Ismail, 81 dan Hassan Nayan, 66.

 

  

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE