Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Serlahkan Keindahan Matematik, Hindar Fobia Formula Rumit n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Serlahkan Keindahan Matematik, Hindar Fobia Formula Rumit

Serlahkan Keindahan Matematik, Hindar Fobia Formula Rumit

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Mei 2019 10:20

KANGAR, 6 Mei 2019 (Isnin)  - Bagi menarik minat pelajar terhadap Matematik, pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu diubah di mana terdapat persepsi Matematik sebagai subjek yang sukar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Matematik perlu diceriakan dengan pendekatan konsep, bukan dengan formula Matematik yang terlalu abstrak, agar ‘ketakutan’ terhadap Matematik dapat dikurangkan.

"Matematik adalah satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

"Ingatlah, tanpa penguasaan yang baik dalam bidang ini, kita sukar menjadi pemegang dan pencipta teknologi," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Pi (p) Memorization Competition Perlis 2019’ yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induknya di Pauh Putra petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. Rezuwan Haji Kamaruddin dan Ketua Juri merangkap Pengarah Program, Dr Mohamad Nazri Abdul Halif.

Program buat kedua kalinya dilaksanakan ini adalah anjuran Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) UniMAP melalui IMK Postgraduate Club dan dibantu oleh Sekretariat STEM UniMAP. Ia turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Titah baginda lagi, daripada sekecil-kecil zarah sehinggalah ke sebesar-besar alam semesta, kesemuanya memerlukan penguasaan Matematik, jadi paparkanlah yang menarik dalam Matematik supaya anak-anak dapat melihat maksud sebenar disebalik simbol dan persamaan Matematik yang dipelajari.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut berharap agar melalui program ini, nilai keindahan Matematik melalui hafalan digit Pi (p), digit Exponential-e dan digit Square-Root 2 dapat membuka minda pelajar untuk lebih menghayati simbol-simbol Matematik lain.

Semoga inisiatif memaparkan keindahan matematik dan ilmu Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang lain kepada masyarakat dapat diteruskan oleh UniMAP melalui kepelbagaian kepakaran di dalam kampus.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, prinisip “University Civilized People”, ini seharusnya menjadi tunjang utama tema perkongsian ilmu oleh warga kampus UniMAP dengan masyarakat Perlis dan dilaksanakan secara berterusan dan konsisten kerana perubahan masyarakat tidak boleh berlaku sekelip mata dan memerlukan tempoh masa yang lama untuk membantu agar mentaliti dan sikap masyarakat mampu berubah dari suatu tahap ke tahap yang lain.

Pada pertandingan kali ini, pelajar SMK Syed Sirajuddin, Ija Husna Ruslan berjaya menghafal 2,502 digit nombor Square Root 2 (Sqrt (2)) bagi kategori hafalan nombor punca kuasa 2 dan pelajar Tingkatan 4 SMK Tuanku Lailatul Shahreen pula, iaitu Teoh Kar Keat berjaya menghafal 1,002 digit nombor bagi kategori hafalan nombor eskponen.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE