MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR, 3 Mei 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa kesyukuran kerana umat Islam bakal memanfaatkan Ramadan serta menikmati Aidilfitri sebagai tanda kejayaan pengorbanan serta kesabaran dalam mengharungi dugaan yang akan dilalui dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
Tambah baginda, bulan Ramadan yang disyariatkan ibadah puasa di dalamnya jika dihayati sepenuhnya berupaya melahirkan peribadi insan yang mulia.
"Hikmah Ramadan mendidik jiwa untuk tunduk patuh kepada perintah Allah dan mengekang godaan hawa nafsu selain membentuk peribadi insan berakhlak mulia bermentaliti kelas pertama supaya mengasihi golongan yang kurang bernasib baik, fakir dan miskin serta mereka yang benar-benar memerlukan," titah baginda.
Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat meninjau dan seterusnya menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM10,000 kepada mangsa kebakaran rumah di No 82B, Kampung Cemumar Tengah, Simpang Empat,
Kebakaran rumah milik Muhammad Suhaimi Ahmad berlaku pada Rabu malam ketika beliau dan isteri tiada di rumah.
Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.
Turut hadir ialah Penaung Majlis Hal Ehwal Agama Islam Myanmar, Mufti Dr. Abdus Salaam yang mengadap baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Masjid Babul Ibadah, Kampung Chemumar bersempena ‘Program Hijrah Minda MAIPs’ kali ke 12 tahun ini bagi memaklumkan mengenai penyerahan tiga pelajar sulung negara mereka ke IPTS berkenaan di bawah tajaan MAIPs.
Sumber daripada UTUSAN ONLINE