Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Universiti Muhammadiyah Malaysia disambut baik di Perlis- Pemangku Raja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Universiti Muhammadiyah Malaysia disambut baik di Perlis- Pemangku Raja

Universiti Muhammadiyah Malaysia disambut baik di Perlis- Pemangku Raja

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 31 Julai 2023 20:15

PEMANGKU Raja Perlis, Raja Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan kehadiran Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis yang akan menjadi sebahagian daripada pendorong kepada Islam Berkemajuan Berlandaskan al Quran dan As Sunnah.

“Kita memiliki tanggung jawab besar untuk membangun tata kehidupan global yang adil, damai dan sejahtera bagi sama-sama menampilkan wajah Islam yang benar-benar menjadi rahmat bagi seluruh alam atau ‘rahmatan li al-alamin’,” titah Baginda.

Baginda bertitah, prinsip kerahmatan itu menyebar secara luas tanpa memandang perbezaan bangsa.

Demikian titah Tuanku Pemangku Raja Perlis ketika berkenan merasmikan “Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) siri ke 22 dengan tajuk: “Transformasi Risalah Islam Berkemajuan” yang dianjurkan oleh YTF dengan kerjasama Universiti Muhammadiyah Malaysia, hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Penasihat DiRaja YTF bertitah, Allah mewajibkan setiap orang beriman untuk berfikir dan berbuat baik tidak hanya untuk kepentingan hari ini tetapi untuk masa mendatang.

“Allah juga mengecam mereka yang berorientasi kehidupan duniawi semata-mata sehingga melupakan kehidupan akhirat,” titah Baginda.

Tambah Baginda, “Islam Berkemajuan” adalah langkah kehadapan negeri Perlis bagi memastikan peranan wanita dalam semua sektor pembangunan negeri.

Seperti kita semua sedia maklum, ‘manhaj’ atau cara diperlukan untuk memahami dan memaknai ajaran agama, dan mengembangkan pemikiran agama secara benar’.

“Manhaj Islam Berkemajuan iaitu ‘al- Islam al-Taqaddumi’ bermaksud agar pemahaman dan pemaknaan hujjah yakni ‘nas’ dan pengembangan pemikiran yang diperoleh dari al-Qur’an dan Al-Sunnah dapat dipertanggungjawabkan,” titah Baginda.

Terdahulu itu Naib Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia, Associate Profesor Ir. Dr. Waluyo Adi Siswanto menyampaikan kata-kata aluan.

Webinar sehari tersebut akan berkenan ditutup oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF.

 

Sumber: Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE