Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Usaha Capai Keharmonian Walau Berbeza Latar – Pemangku Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Usaha Capai Keharmonian Walau Berbeza Latar – Pemangku Raja Perlis

Usaha Capai Keharmonian Walau Berbeza Latar – Pemangku Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Julai 2023 12:12

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap warga di negeri ini hendaklah sentiasa berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.

 

Baginda bertitah, sikap bertoleransi, saling memaafkan dan santun hendaklah dibudayakan.

“Yakinlah, aset utama paling bernilai yang kita ada ialah perpaduan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan Anugerah Jaaizah Maal Hijrah kepada Surina Saad sempena majlis

Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1445 Hijrah Bersamaan Tahun 2023 Masehi di Dewan Sri Pulai, SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.

 

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1445 Hijrah Bersamaan Tahun 2023 Masehi di Dewan Sri Pulai, Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil,

Turut hadir Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan Anugerah Jaaizah Maal Hijrah kepada Dr Hazman Hassan sempena majlis

Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1445 Hijrah Bersamaan Tahun 2023 Masehi di Dewan Sri Pulai, SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga bertitah, setiap orang hendaklah mengetahui kebolehfungsian yang ada dalam dirinya dan disesuaikan dengan persekitaran sekeliling dalam usaha memberikan sumbangan kepada negeri, negara dan ummah.

“Nikmat hidup itu pada memberi, dan sumbangkanlah sesuatu, walaupun kecil ia tetap memberi kesan kepada pertumbuhan dan kemajuan umat seluruhnya,” titah Baginda.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Ariffin Mohd Yusuf sempena majlis

Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1445 Hijrah Bersamaan Tahun 2023 Masehi di Dewan Sri Pulai, SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.

 

Di majlis tersebut juga Pemangku Raja berkenan mengurniakan anugerah-anugerah utama kepada usahawan berjaya yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Pelaburan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tan Sri Ariffin Mohd Yusuf sebagai Tokoh Maal Hijrah, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs, Azlan Hussain sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah serta Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan dan Ketua Polis Perlis merangkap Ahli Majlis MAIPs, Datuk Surina Saad yang menerima Anugerah Jaaizah Maal Hijrah pada kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan Anugerah Maal Hijrah kepada Azlan Hussain sempena majlis

Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1445 Hijrah Bersamaan Tahun 2023 Masehi di Dewan Sri Pulai, SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar.

 

Untuk rekod, Tema Maal Hijrah yang telah dipilih pada kali ini ialah, “Perpaduan Teras Malaysia Madani” yang membawa maksud pencapaian kemajuan negara yang holistik dalam aspek kebendaan, pemikiran dan kerohanian. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE