Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Henti lesen judi: Kerajaan negeri lakukan hijrah besar demi kebaikan rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Henti lesen judi: Kerajaan negeri lakukan hijrah besar demi kebaikan rakyat

Henti lesen judi: Kerajaan negeri lakukan hijrah besar demi kebaikan rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 20 Julai 2023 20:04

KANGAR: Kerajaan negeri telah melakukan penghijrahan besar apabila memutuskan untuk tidak menyambung lagi lesen mana-mana pengusaha premis judi di Perlis bermula tahun ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, langkah itu dilaksanakan berikutan aktiviti perjudian boleh membawa kerosakan kepada diri, keluarga dan kehidupan masyarakat di negeri ini.

 

Beliau berkata, usaha dilaksanakan itu diharap mendapat keberkatan Allah SWT dan turut memberikan kurniaan rezeki untuk dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini yang berbilang kaum serta agama.

 
 

“Insya-Allah selepas bulan Mac tahun hadapan, tiada lagi premis judi yang akan diperbaharui di negeri Perlis.

“Islam telah mengangkat darjat kemuliaan bagi manusia yang dahulunya mensyirikkan Allah SWT kepada tauhid, dan ia juga menyelamatkan manusia daripada segala bentuk kejahatan atau penganiayaan yang berlaku dalam sejarah hidup umat manusia,” katanya berucap pada Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai pendirian kerajaan negeri yang kekal untuk tidak menyambung atau memperbaharui lesen mana-mana pengusaha premis judi di Perlis.

Buat masa ini, terdapat enam premis perjudian di negeri ini dan lesen bagi pengusaha terakhir yang menjalankan operasi berkenaan dijadual tamat tempoh pada Mac 2024.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, Islam bukan sahaja memberi rahmat kepada umatnya namun turut membawa keadilan dan kebaikan buat masyarakat yang menganut agama lain.

 
 

“Konsep perpaduan sebenar itu telah diterapkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada penduduk Madinah yang ketika itu terdiri sebahagian besarnya daripada umat Islam dan minoritinya pula adalah bukan muslim.

“Inilah yang dinamakan sebagai Islam agama rahmat untuk sekalian alam,” katanya.

Tambah Mohd Shukri, hijrah bukan sekadar difahami dalam erti kata berpindah secara fizikal semata-mata namun ia perlu melibatkan penghijrahan spiritual atau rohani.

“Konsep hijrah juga adalah merupakan suatu proses perjalanan hidup untuk mencari keredaan Allah SWT,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE