Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ariffin Tokoh Maal Hijrah Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ariffin Tokoh Maal Hijrah Perlis

Ariffin Tokoh Maal Hijrah Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 20 Julai 2023 20:02

KANGAR: Usahawan terkemuka dalam bidang farmaseutikal dan peranti perubatan, Tan Sri Ariffin Mohd Yusuf diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis Tahun 1445 Hijrah.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Maal Hijrah peringkat negeri ini di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

 

Ariffin yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Primabumi Sdn Bhd dipilih bagi menerima pengiktirafan itu susulan sumbangan beliau dalam memberikan khidmat kepada ummah dalam aspek bakti, ilmu dan wang ringgit.

Malah, beliau juga sentiasa mengutamakan ketelitian dan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Selain itu, beliau juga turut menyumbang bagi pembinaan Masjid Al-Ariffin Padang Katong, di sini, selain melaksanakan proses naik taraf Masjid Darul Salam Padang Keria dan memberi sumbangan tanah Masjid Nurul Iman Kurung Batang.

Beliau bersama abangnya, Datuk Dr. Hussain Yusuf dan ahli keluarga sebelum ini telah menyumbang kepada pembinaan Masjid Al Hussain Kuala Perlis di lokasi yang diperkenan oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Ariffin juga sebelum ini telah diperkenan untuk dilantik dalam beberapa jawatankuasa di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) antaranya seperti Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan MAIPs, Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Perolehan dan Ahli Lembaga Perolehan bagi Pembangunan Fizikal MAIPs.

Menerusi pengumuman pengiktirafan itu, Ariffin membawa pulang sijil penghargaan, plak, hadiah iringan dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Dalam majlis sama, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs, Azlan Hussain turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah 1445H.

Azlan pernah berkhidmat bersama Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dari 1969 hingga 2004 dan jawatan terakhir beliau di sana adalah sebagai Naib Presiden/Pengurus Besar-Australia, New Zealand dan Pasifik Barat Daya.

Beliau merupakan Pengarah Urusan Pengasas Air Maldives International yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Maldives.

Pemberian anugerah berkenaan melayakkan Azlan membawa pulang sijil penghargaan, plak, hadiah iringan dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Selain itu, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad dan Timbalan Yang Dipertua MAIPs, Dr Hazman Hassan juga diumumkan sebagai Jaaizah Maal Hijrah dan masing-masing membawa pulang sijil penghargaan, plak, hadiah iringan bersama wang tunai berjumlah RM2,500. 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE