Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Junjung dan berpegang teguh Perlembagaan serta undang-undang negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Junjung dan berpegang teguh Perlembagaan serta undang-undang negara

Junjung dan berpegang teguh Perlembagaan serta undang-undang negara

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 20 Julai 2023 20:00

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa setiap warganegara hendaklah sentiasa menjunjung dan berpegang teguh dengan Perlembagaan serta undang-undang negara.

Titah baginda, selain itu, rakyat negeri ini khususnya juga perlu menjunjung dan berpegang teguh terhadap undang-undang tubuh kerajaan negeri Perlis.

 

Baginda bertitah, ia adalah kunci keadilan dan penyatuan selain sumber keharmonian dan kesejahteraan hidup.

 
 

“Inilah hasrat ulung daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW iaitu memaknakan negara dengan undang-undang yang adil dan pematuhan terhadapnya.

“Pada masa yang sama, agensi-agensi agama negeri juga hendaklah menjadi teraju bagi menggiatkan lagi usaha pembangunan kerohanian masyarakat sama ada ia berbentuk pengisian ilmu, pengimarahan masjid-masjid dan sebarang aktiviti yang seumpamanya.

“Demikian pula tanggungjawab rakyat setempat untuk mengambil bahagian, menyertainya dan jangan ditinggalkan sepi,” titah baginda merasmikan Majlis Maal Hijrah peringkat negeri ini di Dewan Sri Pulai, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang turut dihadiri Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada usahawan berjaya yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Tan Sri Ariffin Mohd Yusuf.

Penerima anugerah lain adalah seperti Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs, Azlan Hussain (anugerah Maaj Hjirah) dan Timbalan Yang Dipertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan serta Ketua Polis negeri merangkap Ahli Majlis MAIPs, Datuk Surina Saad yang menerima Anugerah Jaaizah Maal Hijrah.

 
 

Sementara itu, baginda bertitah, penghayatan peristiwa hijrah dalam sirah perlu diterapkan kepada ummah.

“Ia perlu bermula dengan pejabat-pejabat kerajaan, masjid, surau, institusi pengajian tinggi, sekolah dan lain-lain medium supaya ‘tarbiyah’ atau asuhan penghijrahan minda, adab dan budaya warga negeri ini akan terus terlaksana secara sekata dan bersepadu.

“Rebutlah peluang menanamkan semangat hijrah dalam diri. Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan, jauhi sikap suka merosakkan dan bermusuhan antara satu dengan yang lain,” titah baginda.

Sebagai rekod, tema Maal Hijrah yang telah dipilih pada kali ini ialah ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ yang membawa maksud pencapaian kemajuan negara holistik dalam aspek kebendaan, pemikiran dan kerohanian.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE