Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemangku Raja berkenan sempurna Hari Anugerah Cemerlang, Kokurikulum SMK Derma n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemangku Raja berkenan sempurna Hari Anugerah Cemerlang, Kokurikulum SMK Derma

Pemangku Raja berkenan sempurna Hari Anugerah Cemerlang, Kokurikulum SMK Derma

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 19 Julai 2023 20:03

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma 2022 di Dewan Syed Mahmood sekolah berkenaan di Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman dan Pengetua sekolah, Haliah Othman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan anugerah pada salah seorang pelajar pada Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma 2022.

 

Pemangku Raja menzahirkan ucapan tahniah kepada semua para penerima anugerah dengan doa dan harapan agar para pelajar serta guru-guru berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian serta cita-cita masing-masing.

Sementara itu, Haliah dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pencapaian akademik SMK Derma begitu membanggakan dengan 12 calonnya mendapat semua A dalam peperiksaan SPM sesi 2022/23.

SMK Derma telah menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah 2.48 berbanding tahun sebelumnya, 2.66.

 
Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan anugerah kepada salah seorang guru pada Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma 2022.

 

Peningkatan ini membuktikan komitmen para guru dan pelajar untuk terus meletakkan nama SMK Derma sebaris dengan sekolah-sekolah cemerlang lain.

Muhammad Nazrin Ariefshah Kamal Shah yang merupakan pelajar terbaik telah mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Manakala bagi peperiksaan STPM pula, Gred Purata Sekolah turut mencatatkan peningkatan iaitu daripada 2.57 pada tahun 2021 kepada 2.89 pada tahun 2022.

Seorang pelajar telah mencatatkan Purata Nilai gred keseluruhan (PNGK) 4 dan 3 orang pelajar mencapai A dalam semua mata pelajaran.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan hadirin pada Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma 2022.

 

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan mengurniakan Anugerah Khas Kokurikulum kepada jagoan tenis Muhammad Annas Farish Annas Shukairy dan juara catur Sharly Hakimy Hamdan, Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022, Anugerah Pelajar Terbaik SPM Peringkat Negeri Perlis, Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2022 dan Anugerah Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas kepada 21 pelajar yang cemerlang dan terpilih.

Seramai 22 guru pula telah diberi penghormatan dengan menerima anugerah di majlis yang sama daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan alumni bekas pelajar sekolah tersebut dari tahun 1980 hingga 1982.

Antara yang dikurniakan oleh Baginda ialah Anugerah Khas Guru kepada Siti Faridah Matt, Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Panitia Terbaik SPM 2022, Anugerah Panitia Terbaik STPM 2022 dan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Pengetua, Fauziah Abdul Hamid. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE