Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MRCB labur RM100 juta di CVIA, tawar 200 hingga 300 peluang pekerjaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MRCB labur RM100 juta di CVIA, tawar 200 hingga 300 peluang pekerjaan

MRCB labur RM100 juta di CVIA, tawar 200 hingga 300 peluang pekerjaan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 19 Julai 2023 19:58

PADANG BESAR: Pelaksanaan Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran Kilang Elektronik di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di sini bakal menawarkan peluang pekerjaan dan memberi limpahan besar buat ekonomi di negeri ini.

Projek yang diusahakan oleh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) itu dijangka bakal menawarkan antara 200 hingga 300 peluang pekerjaan bagi peringkat pertama pelaksanaannya.

 

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Ishak Mohamed berkata, nilai pelaburan bagi pelaksanaan projek itu adalah berjumlah RM100 juta dalam membangunkan fasiliti pengeluaran kilang elektronik di atas dua plot tanah CVIA.

“Projek yang bermula pada bulan ini dijangka dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan pelaburan di Perlis serta menyumbang kepada limpahan ekonomi secara positif kepada rakyat negeri ini khususnya,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran Kilang Elektronik di CVIA di sini hari ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan menyempurnakan majlis perasmian berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB, Kwan Joon Hoe; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Dalam pada itu, Ishak berkata, pada Disember 2018, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mencadangkan kepada rakan pelaburan strategik MRCB bagi menggunakan konsep bina dan sewa dalam pelaksanaan projek pembangunan itu.

Katanya, pada Mei 2019, MRCB telah mengambil bahagian dalam tender yang ditawarkan oleh rakan pelaburan strategik mereka bagi membina dan menyewa fasiliti pengeluaran seluas lebih kurang 100,000 kaki persegi di CVIA.

“Selepas MRCB melalui beberapa siri rundingan dan pengemukaan tawaran akhir, maka pada 30 Januari 2020, pihak kami telah berjaya memenangi tender untuk membina dan menyewa fasiliti pengeluaran di CVIA buat rakan pelaburan strategik kami.

“Kilang ini juga dijangka beroperasi kira-kira 14 bulan dari sekarang iaitu sekitar bulan September 2024,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, pelaksanaan pembangunan projek itu dijangka bakal menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai pelabur-pelabur luar untuk datang ke negeri ini.

Katanya, projek itu juga bakal memberi peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi buat negeri ini pada masa hadapan.

“Dari sudut infrastruktur CVIA, NCIA telah memainkan peranan penting dalam menyediakan prasarana tersebut,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE