Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘DUTA 2022’: Pemangku Raja zahir tahniah pada JPN Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
‘DUTA 2022’: Pemangku Raja zahir tahniah pada JPN Perlis

‘DUTA 2022’: Pemangku Raja zahir tahniah pada JPN Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 19 Julai 2023 19:56

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkongsi kegembiraan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis setelah diumumkan Johan kategori Jabatan Pendidikan Negeri Terbaik pada majlis ‘Digital Utilisation Technology Awards (DUTA) 2022’ baru-baru ini.

Antara anugerah lain yang diraih pada di majlis itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera (Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Emas Sekolah Rendah Terbaik), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Arau TMUA (Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Emas Sekolah Menengah Terbaik), SMK Agama Perempuan Kangar (Johan Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Khas Sekolah Menengah Terbaik).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan Sijil Penghargaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia kepada Kamarudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs di pejabat JPN Perlis.

 

Sementara itu, SK Seri Indera juga telah mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan bagi Tahun 2022.

Pemangku Raja berharap kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat serta contoh kepada semua di Perlis untuk menjadi lebih maju di masa hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sebelum mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Sidang Keempat bagi tahun 2023.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman serta para pegawai kanan jabatan dan juga para pemenang anugerah-anugerah tersebut.

Pada majlis berkenaan turut disempurnakan upacara pemotongan kek oleh Pengarah Pendidikan Negeri bersama para pemenang pelbagai anugerah itu.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pegawai kanan dan pemenang anugerah DUTA 2022′ di hadapan JPN Perlis.

 

Di majlis yang sama, turut disampaikan Sijil Penghargaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs atas perkongsian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai ‘Hasrat Pendidikan Perlis’ yang dilaksanakan oleh MAIPs.

Dalam menjayakan pendigitalan dan ICT JPN Perlis, MAIPs telah menyumbangkan beberapa sumbangan peralatan dan tambahan infra kepada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta turut menyalurkan pelbagai bantuan kepada sekolah-sekolah di Perlis selain menjadi penaja utama Inisiatif Digitalisasi Pendidikan Jamalullail melalui Program SnappEd di bawah Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0. 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE